Pages

Wednesday, March 27, 2013

Restoran Alu-Alu, Gayana Resort

"Jalan-jalan Cari Makan" bersama dengan bintang-bintang blogger dan tetamu jemputan adalah tajaan sepenuhnya dari Gayana Eco Resort. Untuk episod ini, kita akan bawakan anda sajian istimewa dari Restoran Alu-Alu, Gayana Resort yang bertempat di Pulau Gaya. Restoran Alu-Alu sangat di kenali di kalangan pengunjung-pengunjung antarabangsa dan sebaliknya di kalangan rakyat Malaysia. Dan sudah tiba masanya untuk rakyat tempatan mengenali Restoran Alu-Alu dengan lebih dekat.

 Bintang-bintang blogger telah bersedia untuk jalan-jalan cari makan. Bah, marilah...

 Persoalannya: Di manakah Restoran Alu-Alu itu? Sana bah!!! :)

 Bintang-bintang blogger dikejutkan dengan kehadiran 
DJ KK Hitz.FM, Cassie dan Rica, dan juga Maggie, wakil dari Breeze Magazine

 Perjalanan ke Gayana Resort hanya mengambil masa 10-15 minit.
Sambil menikmati pemandangan yang indah, cahaya keemasan sang matahari
menjadi pilihan imej di kalangan bintang-bintang blogger

 Keindahan Bandaraya Kota Kinabalu sememangnya cantik. Di rahmati dengan laut biru, 
perasaan tenang telah menjadi sumber inspirasi kepada semua pelancong. 

"Selamat Datang Ke Gayana Resort" membawakan anda ke dunia fantasi Gayana Resort

Tibanya di Gayana Resort, bintang-bintang bloggers dan tetamu jemputan terasa bagaikan berada di langit ke tujuh. Keindahannya sukar sekali di ukur dengan kata-kata pujian.

Udara yang segar dan suasana yang tenang menusuk setiap jiwa para pengunjung
Sambil berjalan-jalan ke Restoran Alu-Alu, bunga-bunga yang mekar berwarna-warni menyambut ketibaan tetamu dengan senyumannya yang penuh dengan sukacita 

Bintang-bintang blogger dan tetamu jemputan bersama dengan 
Pengurus Gayana Resort, Tomas Kastbert (Baju berwarna Pink)
 Restoran Alu-Alu, Gayana Resort 
(Perkataan Alu-Alu adalah nama ikan Barakuda)

 Restoran Alu-Alu bukan sahaja menjanjikan suasana yang romantik dengan pemandangan yang indah, tetapi juga menjanjikan kebahagiaan kepada semua pengunjung

 Senyuman kegembiraan adalah matlamat utama Restoran Alu-Alu.

 Bintang blogger bersama dengan Symington (Pengurus Jualan & Pemasaran) dan 
juga tetamu jemputan dari KK Hitz.FM, Cassie dan Rica


Promosi Hebat: Set Makan Malam @ RM69 nett 
Dengan hidangan 8 jenis makanan / atau pilihan sendiri
(termasuk tambang percuma pergi balik dari Jesselton Point ke Gayana Resort)
Sila hubungi Symington Jenkins untuk maklumat lanjut: 
Tel. Bimbit: +60138606220; Tel: +088380390;  Faks: +088381390
Emel: symington.jenkins@gayana-eco-resort.com

Four Treasure Island Combinations
 
Braised Fish Maw Soup with Crab meat 
 Steamed Whole Seabass with 'Ba Jiao' Sauce
Alu-Alu Chef's Special Crispy Peach Chicken 
Steamed Strombus Canarium Shell 
Chef's Special Homemade Seafood Beancurd 
Deep Fried Prawn with Egg Floss 
Wok Fried Rice with Golden Garlic 
Broccoli with Black Mushroom and Beancurd Stick 
Pan Fried Lamb Chop with Rosemary Sauce
 
Chilled Coconut Pudding with Chocolate Syrup & Cream Mousse
 Sambil menikmati makan malam yang enak belaka, para bintang blogger 
dan juga tetamu jemputan dihiburkan dengan persembahan yang menarik.

Selepas sahaja selesai menikmati jamuan malam yang enak, akhirnya bintang-bintang blogger dan tetamu jemputan berpeluang berjumpa dengan Ketua Chef Ah Kiong (di kerusi roda) bersama dengan pasukannya yang mantap. Chef Ah Kiong menjanjikan pengalaman yang hebat kepada semua pengunjung dengan hidangan masakan yang unik dengan pengalaman beliau dalam bidang masakan yang lebih dari 30 tahun. 

Akhirnya, perjalanan jalan-jalan cari makan telah sampai ke penghujung rancangan. Cahaya bulan dengan suasana yang romantik setia menemani bintang-bintang blogger dan tetamu jemputan kembali ke Jesselton Point.

Pengalaman yang bertarafkan 5-bintang dengan bayaran 1-bintang sememangnya pasti menjadi pilihan ramai. Oleh itu, rebutlah peluang untuk menikmati set promosi makan malam dengan harga yang terendah. 

No comments: